Thursday, February 12, 2009

Sejarah Sekolah Pengiran Siti Hafsah Karambunai

SEJARAH PENUBUHAN
SEK. KEB. PG. SITI HAFSAH KARAMBUNAI

SK. Karambunai telah dibina dalam lingkungan tahun 40-an .Sekolah ini dikenali sebagai SK. Sukarela Rakyat Kg. Karambunai dan merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah ini. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Allahyarhamah Pengiran Siti Hafsah Bte Pengiran Mohd Salleh. Beliau merupakan seorang pemimpin masyarakat Kg. Karambunai ketika itu.
Pada peringkat awal sekolah ini hanya menggunakan pondok-pondok kecil beratapkan rumbia/ nipah dan pokok-pokok rendang sahaja. Jumlah murid ketika itu lebih kurang 30 orang yang terdiri dari penduduk tempatan dari kampong berhampiran seperti Kampung Gayang, Kampung Gentisan, kampung Melawa, Kampung Kebayau dan lain-lain kampung.
Di antara guru-guru yang pernah berkhidmat di Sekolah Sukarela Rakyat ini ialah bekas Tuan Yang Terutama Negeri Sabah ( TYT)dan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Tun Mohd. Fuad Stephen dan Encik Mohd Said yang berasal dari Semenanjung Malaysia.
Pada tahun 1952 dengan pertambahan jumlah murid yang ramai Kerajaan British telah mengambil alih sekolah ini dan membina sebuah bangunan sekolah dan dua buah rumah guru. Perubahan ini telah mengubah nama sekolah ini kepada Government Primary School ( GPS ) Karambunai. Guru Besar pertama yang menerajui sekolah ini ialah En. Ariffin Bin Duning.
Pada tahun 1981 sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekolah baru disebabkan oleh :-
i. Hakisan tanah yang menyebabkan kawasan sekolah menjadi kecil dan membahayakan keselamatan murid.
ii. Kawasan sekolah adalah terhad untuk dibangunkan.
iii. Kawasan sekolah terlalu hampir dengan tanah perkuburan masyarakat islam kampong ini.
Dengan kawasan baru ini berkeluasan 4.96 ekar merupakan kawasan yang didermakan oleh tuan tanah iaitu Pengirah Siti Hafsah dan sempena nama Allahyarhamah juga sekolah ini sekali lagi ditukar namanya kepada SK. Pengiran Siti Hafsah Karambunai mulai tahun 1990.

3 comments:

  1. Sumber ini saya dapat daripada simpanan blue print sekolah yang lama..

    ReplyDelete
  2. Nice info here..
    as ex student of this nice school..
    early 1990s...this school was calling SK KARAMBUNAI without Pengiran Siti Hafsah..till new teacher name is Cikgu Mudin..he make change..He put fullname SK PG. SITI HAFSAH KARAMBUNAI..everytime we use this name..our school will win when joinz any games/quiz/etc...wish more success in the future...

    ReplyDelete
  3. blog ne.. siapa yang handle? :)

    ReplyDelete