Thursday, February 12, 2009

Lawatan Sambil Balajar Murid Tahun 6 Ke UMS


4 November 2008
Lawatan ini merupakan program selepas UPSR murid-murid tahun 6 SPSH. Lawatan yang mendapat kerjasama daripada suami kepada salah seorang guru Sk. Pg. Siti Hafsah ini hanya disertai oleh murid-murid tahun 6 dan diiringi oleh 7 orang guru (Cikgu Hamdan, Cikgu Eryanti, Cikgu Redzuan, Cikgu Ai Di, Cikgu Azrul, Cikgu Rosmat dan Ustazah Wan Anita). Rombongan lawatan ini diketuai oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohammad Bin Hassan.




Banyak manfaat yang diperolehi daripada lawatan ini contohnya menyemai semangat didalam diri murid-murid untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, murid-murid juga didedahkan dengan kehidupan kampus sebagai seorang mahasiswa.


Antara tempat menarik yang sempat dikunjungi Pusat Pengajian Sains Sosial, Perpustakaan, Masjid, Dewan Canselori dan Pusat Akuaria UMS.


Satu Lawatan Yang Menarik.

No comments:

Post a Comment