Tuesday, June 23, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Pada 29 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Di Mulai Dengan Majlis Tahlil Di Surau Sekolah.

Power Puff Girl... Kami sedia mengegarkan acara sukaneka pada hari ini.

Cgu terence cuba membuat jaringan... Memang ada gaya lah!!!

Acara membaling belon berisi air.

Cgu Matnoor beraksi dalam acara boling padang.

Murid-murid tahun 6 menunjukkan bakat terpendam dalam persembahan sketsa drama pendek.

Acara bertukar-tukar hadiah antara guru-guru.

Guru-guru membuat persembahan koir.

Acara penyampaian hadiah oleh YDP PIBG.

Acara memotong kek diketuai oleh GB.

Nyam... Nyam.... Sedap eh!

Antara tetamu jemputan yang hadir.

Wednesday, June 17, 2009

Futsal vs SK.Pulau Sepanggar

Selepas kokum kami sempat turun ke padang futsal di City Futsal
menentang pasukan SK.Pulau sepanggar.


Kelihatan Guru Besar juga turun padang... Semangat inilah yang kita mahukan.


Orang harapan SK.Pg. Siti Hafsah Cikgu Redzuan sedang menanti hantaran bola
dari salah seorang rakan nampaknya.. tetapi wan hanya mampu beraksi sekejap ja sebab kakinya terseliuh..


Tidak kurang hebat juga Cikgu Terence sedang mengawal bola.. memang ada gaya!!


Cikgu Sofie sedang di kawal ketat oleh Cikgu Benedict... Permainan sofie terganggu kerana tidak sempat menukar seluar track-shut.... hehehe.


Cikgu Faizal sedang membuat percubaan untuk mendapatkan jaringan tetapi dihalang oleh cgu sofie.


Cikgu Engku beraksi macam "Peter Rajah" yang bertindak sebagai penjaga gol..

Mana bola??? tapi memang penat ohhh..


Asyik sepak mula ja ni, kena belasah ka??? hehehe...


Pemain SK.Pulau Sepanggar memang berbakat bah... bakal salah
sebuah pasukan pencabar pada kejohanan Futsal Zon Telipok nanti.


Inilah Cikgu Sofie salah seorang yang boleh menjadi sandaran pasukan kami nanti... Di hujung sana ustaz alias sedang mengawal bola.


Tahniah kepada Pasukan SK.Pulau Sepanggar yang telah berjaya menundukkan
Pasukan SK.Pg. Siti Hafsah dengan jaringan 11-5.. Itu belum dikira jaringan yang tidak didaftarkan.. Pa pun team Sk. Pg. Ct Hafsah GOOD TRY!!!!

Minggu Ko-Kum Sem Two

Guru Besar sempat bergambar bersama pelajar
sempena hari kokum yang diadakan setiap hari rabu.


Cikgu Azrul sibuk menunjuk pelajar bagaimana memasang khemah


Tidak ketinggalan Cikgu Engku dan Cikgu Sofie membantu murid
mendirikan khemah


Pelajar sedang mencuba memasang tali khemah


Kerjasama sebegini patut diteruskan


Ya macam ini caranya..


Cikgu Azlan dengan kamera Canonnya


Ustaz Alias sibuk nampak...


Bantu Cikgu...dengar tak


Akhirnya sesi mendirikan khemah berjalan dengan lancar pada petang tu...

Monday, June 1, 2009

Lepas exam cutiii yeahhh!!

Minggu lalu sekolah menjalankan peperiksaan akhir semester satu sebelum bercuti pertengahan tahun...sempat juga paparasi mengambil gambar budak-budak tengah exam...

Kelihatan murid-murid tengah khusyuk menjawab soalan

Hasil kerja murid

Murid tengah mempersiapkan lukisannya

Hasil kerja murid tahun enam...sekali pandang seja memang kenal sepa mereka ni...