Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Majlis Penyerahan Komputer Sumbangan YB ZAINAB


GB menyambut tetamu yang hadir.


Berpeluk-pelukan tanda kemesraan.


Berat kalik tu kotak kan.


Bah jangan ko... masuk TV skul kami.


Jeng, jeng, jeng!!! teka siapa yg kluar dari kereta...


YB beriringan dgn GB.


Murid-murid bersalaman dgn YB.


Wajah keceriaan.


Ambik gambar kenangan, jarang2 bah YB dtg skul.


Wartawan sibuk tulis report.


YB memberi ucapan dgn penuh semangat.


Buku lawatan jangan lupa isi ar..


Cameraman...


Terimalah ikhlas dari kami.


Ini untuk kamu ni, bilang GB pada murid-murid yang hadir.


GB menyusun kotak.


Berat ni cgu mudin, tulung duluk saya angkat.


Gambar kenang-kenangan.

Thursday, February 12, 2009

Lawatan Sambil Balajar Murid Tahun 6 Ke UMS


4 November 2008
Lawatan ini merupakan program selepas UPSR murid-murid tahun 6 SPSH. Lawatan yang mendapat kerjasama daripada suami kepada salah seorang guru Sk. Pg. Siti Hafsah ini hanya disertai oleh murid-murid tahun 6 dan diiringi oleh 7 orang guru (Cikgu Hamdan, Cikgu Eryanti, Cikgu Redzuan, Cikgu Ai Di, Cikgu Azrul, Cikgu Rosmat dan Ustazah Wan Anita). Rombongan lawatan ini diketuai oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohammad Bin Hassan.




Banyak manfaat yang diperolehi daripada lawatan ini contohnya menyemai semangat didalam diri murid-murid untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, murid-murid juga didedahkan dengan kehidupan kampus sebagai seorang mahasiswa.


Antara tempat menarik yang sempat dikunjungi Pusat Pengajian Sains Sosial, Perpustakaan, Masjid, Dewan Canselori dan Pusat Akuaria UMS.


Satu Lawatan Yang Menarik.

Lawatan Sambil Balajar Pi Zoo Lokawi


KK - 12 ogos 2008
Seramai lebih kurang 50 orang murid-murid tahun 4 dan 5 Sk Pg. Siti Hafsah telah mengadakan lawatan sambil belajar di Zoo Lok Kawi. Lawatan ini diiringi oleh 6 orang guru yang diketuai oleh Ustaz Alias.


Ternyata murid-murid teruja dengan lawatan ini. Terpancar wajah kegembiraan di wajah setiap murid yang turut serta dalam lawatan ini. Antara haiwan yang terdapat di zoo ini adalah seperti ular, monyet, kuda belang, harimau, helang dan sebagainya.


Seawal pagi jam 7.30 am rombongan ini telah bergerak daripada sekolah dan tiba ke destinasi pada jam 8.30 am. Lawatan berakhir pada waktu tengahari dan murid-murid di bawa singgah ke pantai Tanjung Aru untuk menjamu selera (makan tengahari).