Thursday, February 12, 2009

Ihya' Ramadan (Majlis Berbuka Puasa)


19 september 2008
Bertempat di Sk Pg Siti Hafsah majlis berbuka puasa bersama SPPIM (JPN), PPG, JPNS dan ibubapa berlangsung meriah sempena bulan ramadan pada tahun ini. Ternyata program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan dari semua jemputan dan penduduk kampung.




Majlis bermula pada jam 5 petang dengan ketibaan para tetamu jemputan. Majlis ini juga diadaka bagi menghulurkan sumbangan ikhlas kepada yang berhak menerima. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar Sk. Pengiran Siti Hafsah dan penyerahan sumbangan kepada murid-murid yang dipilih.




Majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa, sembahyang berjemaah tarawih dan penyerahan sumbangan kepada beberapa buah keluarga sekitar kampung Sk. Pg Siti Hafsah. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam.

No comments:

Post a Comment