Wednesday, June 17, 2009

Futsal vs SK.Pulau Sepanggar

Selepas kokum kami sempat turun ke padang futsal di City Futsal
menentang pasukan SK.Pulau sepanggar.


Kelihatan Guru Besar juga turun padang... Semangat inilah yang kita mahukan.


Orang harapan SK.Pg. Siti Hafsah Cikgu Redzuan sedang menanti hantaran bola
dari salah seorang rakan nampaknya.. tetapi wan hanya mampu beraksi sekejap ja sebab kakinya terseliuh..


Tidak kurang hebat juga Cikgu Terence sedang mengawal bola.. memang ada gaya!!


Cikgu Sofie sedang di kawal ketat oleh Cikgu Benedict... Permainan sofie terganggu kerana tidak sempat menukar seluar track-shut.... hehehe.


Cikgu Faizal sedang membuat percubaan untuk mendapatkan jaringan tetapi dihalang oleh cgu sofie.


Cikgu Engku beraksi macam "Peter Rajah" yang bertindak sebagai penjaga gol..

Mana bola??? tapi memang penat ohhh..


Asyik sepak mula ja ni, kena belasah ka??? hehehe...


Pemain SK.Pulau Sepanggar memang berbakat bah... bakal salah
sebuah pasukan pencabar pada kejohanan Futsal Zon Telipok nanti.


Inilah Cikgu Sofie salah seorang yang boleh menjadi sandaran pasukan kami nanti... Di hujung sana ustaz alias sedang mengawal bola.


Tahniah kepada Pasukan SK.Pulau Sepanggar yang telah berjaya menundukkan
Pasukan SK.Pg. Siti Hafsah dengan jaringan 11-5.. Itu belum dikira jaringan yang tidak didaftarkan.. Pa pun team Sk. Pg. Ct Hafsah GOOD TRY!!!!

2 comments:

  1. KALAU BERANI JEMPUTLAH LAGI SK PULAU SEPANGGAR BERENTAP DI GELANGGANG FUTSAL. HEHE..CIGU ROSMAT SELAMAT BERJAYA FUTSAL TERBUKA YAYASAN SABAH K.. 28-29 NOV INI. KALAH MENANG BELAKANG KIRA. YANG PENTING CEBAGOO BEAT PENJARA AHAD NI..(ISLANDERS)

    ReplyDelete
  2. KALAU BADMINTON PUN BOLEH BAH.. MAU LAWAN CIGU MUDIN..

    ReplyDelete