Saturday, April 11, 2009

Persiapan Perkhemahan Unit Beruniufom

Setiap Rabu perjumpaan Ko-kurikulum akan diadakan oleh semua unit yang terlibat.Antara unit yang terlibat kali ini ialah unit berunifom iaitu Unit Berunifom Pengakap, St. John Ambulance dan Putri Islam. Pada perjumpaan kali ini semua unit berunifom telah merancang satu aktiviti iaitu memasang khemah..



Kelihatan Cikgu Terence dan Cikgu Redzuan sedang menunjuk cara memasang khemah kepada adik-adik daripada unit berunifom Puteri Islam.


Apa lagi masing-masing mencuba kemahiran memasang khemah..


Ini Pula cifu Azrul dan the team Pengakap cuba memasang khemah untuk Unit Berunifom Pengakap


Kelihatan Cifu Azrul, Ustaz Azlan , Cikgu Swim dan Cikgu Ivy turut mencuba memasang khemah untuk bersantai bila tiba masanya kelak...."mau beli satu ni untuk pasang di rumah "bisik Cifu kepada Ustaz.


Apa dah jadi ni tak jadi-jadi khemah ni ..Macam mana mau pasang ni.


Nah mau siap sudah khemah kita...yes berjaya juga akhirnya pasang khemah


"Yang kamu tu cepatlah sikit masukkan besi tu"Kata Ustaz Engku kepada salah seorang murid unit St. John Ambulance


"Jangan asyik tengok ja bantu kawan yang lain" Cikgu Redzuan mengarah adik Akram membantu murid yang lain.

Teknik pasang dan buka...takkan pandai pasang tapi tak pandai buka dan simpan semula...

Cuba buka semula untuk disimpan..


Akhirnya perjumpaan petang tu nampaknya berjaya dilaksanakan..Syabas kepada semua unit berunifom dan guru-guru yang turun pada petang tu...

No comments:

Post a Comment