Thursday, May 28, 2009

Demi Ilmu

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya sebahagian pelajar SK.Pg.Siti Hafsah Karambunai pergi sekolah dengan menaiki perahu ke sekolah demi menuntut ilmu...

Pelajar dibekalkan dengan jaket keselamatan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.

Kelihatan sebahagian pelajar pulang dari sekolah dengan membawa jaket keselamatan .

Pelajar mula menaiki perahu ( sampan )

Semasa menaiki perahu pelajar hendaklah memakai jaket keselamatan untuk langkah-langkah keselamatan pelajar itu sendiri..

Beginilah keadaan pelajar setiap hari pergi dan balik pergi ke sekolah dengan menggunakan perahu..Dah tu dayung sendiri pulak, aduh sedihnya

Dengan semangat yang tinggi pelajar ini sanggup menempuh apa sahaja halangan bagi segenggam ilmu..

Selain perahu kecil pelajar juga menggunakan sampan kecil..

Dayungan yang penuh bermakna..

Andaikan mereka anak anda apakah perasaan anda...???

Inilah pengorbanan seorang anak demi menuntut ilmu sebagai bekalan masa depan

Bertarung nyawa demi masa depan..

sayu hati bila membayangkan nasib pelajar ini..

Demi Ibu dan Ayah...


Sebahagian rumah pelajar di seberang sungai...

Akanku ubah masa depanku...itulah harapan pelajar ini


Jeti tempat pelajar mendarat semasa ke sekolah

Sungguh pun SK.Pg.Siti Hafsah Karambunai terletak dekat dengan Bandar Kota Kinabalu dan gah dengan nama Nexus Karambunai bertaraf 5 bintang namun masih ada lagi pelajar yang pergi ke sekolah dengan menaiki perahu ( sampan ) demi menuntut ilmu...Inilah hakikatnya pengorbanan demi masa depan....

Thursday, May 21, 2009

Jemputan kawen Ustazah Oli


Kepada guru-guru skpsh...Ustazah Oli ingin menjemput semua ke kenduri kawennya di Kedah....dengan segala hormatnya dijemput

Tuesday, May 19, 2009

Koleksi Lawak Jenaka Guru...

Lawak 1

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu : Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya.
Cikgu : Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?, tanya cikgu.
Noni : Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.
Cikgu : Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?.
Seman : Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya....
Cikgu :??????......

Lawak Guru Dan Shin Chan

Guru: Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

..........................................................................................................................................

Guru: Sin Chan, pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu.
Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

............................................................................................................................................


Lawak Cikgu Nasyor

PART I

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART II
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART III
Cikgu Math : Jika awak ada 12 coklat dan awak beri kepada:
Nadia 5 keping
Ira 3 keping
dan Julia 4 keping.

Apa yang kamu dapat?

:
:
:
:
:
:
Mamat : Tiga orang girlfriend cikgu!!

Ujian lisan minggu ni!!!

Minggu ni PLBS (Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah) atau SBOA (School Based Oral Assessment) sedang dijalankan di sekolah...maka guru-guru BM dengan BI pun sibuklah menjalankan aktiviti ini kerana program ini dipantau oleh KPM.

Cikgu Rosmat tengah menjalankan sesi PLBS


Sir Terence sedang menyoal murid dalam sesi SBOA


Guru-guru lain juga menjalankan ujian lisan di kantin sekolah..hehehe

Sunday, May 17, 2009

Makhluk memasuki bilik guru?

Jumaat lalu bilik guru sekolah telah didatangi oleh pelawat yang tidak diundang. Sedang guru-guru khusyuk mempersiapkan rancangan mengajar mereka dan keesokkannya pula hari guru. Kelam kabut bilik guru dibuatnya. Makhluk yang dimaksudkan ialah seekor anak biawak yang sesat.

Ntah? sepa punya kasut ni...

Apalagi guru-guru perempuan...huru-hara!!!

Mana guru penyelamat ni....ya itu dia cikgu Rosmat..

Akhirnya anak biawak pun dilepaskan semula...semoga kejadian ini tidak berulang lagi...ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU!!!!

Friday, May 15, 2009

Sejarah Hari Guru

Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 .Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan. Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia

•Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
•Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
•Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
•Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
•Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
•Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku di dapati reka bentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan ko kurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Just want to say....

Thursday, May 14, 2009

"Selamat Hari Guru"

Kepada Semua Warga guru Kami di Unit Editor Blog Sekolah ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" yang akan disambut pada 16 Mei ini dan peringkat sekolah pada 22 Mei...
Segala jasa guru tidak akan dilupakan...Marilah kita selami antara bait-bait sajak Sasterawan Negara Usman Awang yang berbunyi...

GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

"Selamat Hari Guru" buat semua Warga Guru SK.Pg.Siti Hafsah dan Malaysia amnya.

Saturday, May 9, 2009

Ini pula lagu tema hari guru sk. pg ct hafsah... hehehe.

Melody : Kau Ilhamku (Man Bai)

Tajuk : Kau Cikguku....

kau ibarat rembulan di malam yg kelam
memberi sinar cahya ilmu
darimu kukenal huruf juga angka
hadiah berharga tak ternilai

sedetik teringat bila engkau marah
ada senyuman ada sinar
engkaulah ayah mahupun ibuku
Terima kasih ku ucapkan

Izinkan ku menghargai tiap jasamu
Izinkan ku menjadikanmu idolaku

maafkanlah oh...
andai diri ini pernah menyakiti hatimu
kau senyumlah oh...
kerna itulah senyuman yang kami nantikan
kau cikguku... kau cikguku...

Lagu tema hari guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Thursday, May 7, 2009

Mesyuarat Kewangan Sekolah

Satu Mesyuarat Kewangan kali pertama telah diadakan disekolah pada 6hb Mei baru-baru ini
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan sekolah dan angendanya adalah seperti berikut :-


Guru Besar Hj. Mohamad Hassan sedang berbincang mengenai Pengagihan kewangan dengan PK Hem. Pn. Syarifah Nabila.


Guru Besar sedang memberi taklimat tentang tatacara penggunaan wang Geran Kerajaan ( PCG) kepada semua guru panitia.


"Rancanglah penggunaan kewangan tersebut dengan betul"antara kata-kata amanat Guru besar


Antara guru lelaki yang hadir masa itu.


Guru Wanita yang sedang khyusuk mendengar taklimat tersebut..


Sedang termenung apa tu?



Guru-guru sedang berbincang tentang agenda hal-hal lain ..


Senyum nampak...pasti ada yang melucukan ni


Apa pun mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar pada petang tu . Harapan pihak sekolah semoga dengan perjumpaan sedemikian dapat memberi menafaat kepada semua..